Sunday, March 7, 2010

"SAHABAT-SAHABAT" BERADA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT

Bergambar berlatar belakang sahabat baik- sang trumpet

Wafiq paling suka species burung ini

MSA tidak berapa ingat ini kali ke berapa lawatan ke Zoo Taiping dilakukan. Paling MSA ingat setiap tahun paling kurangpun 2 atau 3 kali MSA dan keluarga ada melawat "adik beradik" di sini. Kali ini lawatan bertujuan sama jugak, untuk bertanyakan khabar kepada "adik beradik" dan "sahabat-sahabat". Seperti mana biasa "adik beradik" dan "sahabat-sahabat" berada dalam sihat walafiat. Mereka gembira menyambut kedatangan kami.
[NotaMSA : Kebesaran Allah SWT dalam menciptakan species binatang]

Friday, March 5, 2010

MUHASABAH DIRI 4 : LAWATAN KE NEGERI PERAK : ZOO TAIPING

Bungalow "hinggap" sepanjang percutian di Taiping, Perak.

Kelihatan Muhammad Wafiq bersedia untuk membawa keluarganya ke Zoo Taiping.

Antara negeri lain yang berpeluang dilawati dalam XPDC Muhasabah MSA ialah Perak Darul Ridzuan. Bagi menyesuaikan dengan kedudukan lalulintas dan trafik, MSA memilih untuk melawat Zoo Taiping dan Burmese Pool yang berada berdekatan. Maklumlah dah lama MSA tidak melawat adik beradik MSA di Zoo Taiping. Siapa lagi kalau bukan abang berok dan gajah tu. Selepas letih melawat adik beradik dan sahabat handai di Zoo Taiping, MSA membawa keluarga ke Burmese Pool untuk menyegarkan badan. Burmese Pools merupakan kawasan mandi-manda di sungai berdekatan. Ketika hujan lebat tidak digalakkan mandi kerana airnya sangat deras menuruni bukit. Amat berbahaya, boleh lemas dan mati.

[NotaMSA : teringat zaman kanak-kanak, terjun sungai. Kini giliran anakku pula]

Wednesday, March 3, 2010

PROFESOR MUHAMMAD SYUKRI SALLEH BERLEPAS KE IDB JEDDAH

Pada tanggal 1Mac 2010 lepas, Pengarah ISDEV yang disayangi, Prof Dr Muhammad Syukri Salleh telah berlepas ke Jeddah, Arab Saudi. Tujuannya adalah untuk menjalankan penyelidikan di Islamic Development Bank (IDB), Jeddah. Ianya bagi mengisi cuti sabatikal Prof Dr Syukri selama 3 bulan. Semasa berangkat, isteri Prof. dan dua anaknya turut bersama-sama. Prof. Dr Syukri dijangka berada di sana sehingga 31 Mei 2010. Prof dijangka akan pulang ke Malaysia pada pertengahan bulan Jun 2010. Walaupun tidak berada di ISDEV, USM selama tempoh tersebut, Prof telah berpesan agar keluarga / pelajar ISDEV melaksanakan tugas seperti yang di amanahkan. Yang belajar kena teruskan penyelidikan dan penulisan bidang masing-masing, manakala pensyarah, diwajibkan terus membimbing anak bangsa.
[NotaMSA : Sudah ada yang nak ikut Prof ke Jeddah ?]

Monday, March 1, 2010

BUKTI KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

Jika manusia berasa terlalu pandai, ciptalah satu sahaja daripada pelbagai spesis bunga kaktus ini


atau beberapa helai daun pokok ini ....

atau yang ini...

atau sehelai lalang ini. Ternyata manusia tidak berupaya.....

Sepanjang program muhasabah dan makan angin ke beberapa tempat di negeri-negeri seperti Pahang, Perlis dan Kedah, MSA dan keluarga dapat melihat banyak tempat dan kejadian yang membawa kita kepada mengingati Allah SWT. Lantas MSA teringatkan satu petikan Al-Quran, ayat 60, Surah An-Naml yang makna ayatnya seperti berikut :

"Bahkan siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya."
[NotaMSA: Akur kekuasaan Allah SWT, segera beristigfar]

Monday, February 22, 2010

MASJID TANPA WAKAF : SATU BENTUK WAKAF KONTEMPORARI

Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Terengganu yang didirikan di atas air.
Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini telah wujud satu bentuk wakaf kontemporari baru. Fenomena ini berlaku di 2 negeri iaitu Terengganu dan Pulau Pinang. Ia dikenali sebagai "masjid tanpa wakaf" di mana bangunan masjid didirikan tanpa wakaf yang terlibat. Untuk lebih jelas, masjid-masjid ini didirikan di atas air atau laut, yang mana tanahnya bukanlah wakaf. Keadaan ini boleh dilihat di Masjid Terapung Tajung Bungah di Pulau Pinang dan Masjid Kristal di Terengganu. Dari segi tafsiran wakaf terdapat sedikit kontroversi di sini. Sesuatu masjid mestilah diwakafkan tanahnya. Begitupun untuk kedua-dua kes ini, tidak terdapat tanah yang diwakafkan kerana masjid ini diidirikan di atas air atau di dalam laut di mana tanahnya tidak diwakafkan. Hendak dikatakan wakaf irsod pun tidak kerana kerajaan negeri belum mewakafkan lagi laut atau gigi air yang menempatkan kedua-dua masjid ini. Begitupun membina masjid bolehlah dikatakan sebagai membuat wakaf, tetapi status tanahnya agak kontroversi. Apa pandangan ilmuan dalam kes ini ? Apa pulak pandangan anda ?

[NotaMSA : Mungkin bukan wakaf kot ?]

KENYATAAN YDP MAINPP MENGENAI KEDUDUKAN PENGERUSI PUZ

MAIPP PERTAHAN PENGERUSI PUZ

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 9 Feb. – Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan mempertahankan hak untuk menerajui Pusat Urus Zakat (PUZ) yang menjadi tradisi sejak penubuhannya.

Yang Dipertuanya, Ellias Zakaria menegaskan, berdasarkan amalan sebelum ini, individu yang memegang jawatan yang disandangnya sekarang ialah Pengerusi PUZ.

“Saya tidak mempertahankan diri saya tetapi mempertahankan amalan tradisi.

“Mengikut amalan biasa, Yang Dipertua MAIPP ialah Pengerusi PUZ.

“Justeru, apa yang hak MAIPP perlu dipertahankan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi PUZ kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.

PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat milik penuh MAIPP dan dianggarkan memungut kutipan zakat mencecah RM40 juta setahun.

Menurut Ellias, seperti juga semua syarikat lain, MAIPP mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melantik mana-mana individu bagi jawatan-jawatan penting di dalam anak-anak syarikatnya.

Bagaimanapun, jelas beliau, cadangan tersebut belum diputuskan dan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu kerana ia melibatkan hal ehwal Islam.

Beliau menambah, perkara itu dijangka diputuskan semasa mesyuarat MAIPP pada 22 Februari ini.

Wednesday, February 10, 2010

MESYUARAT AGUNG AHLI BERSEKUTU ISDEV (ABI)

Beberapa hari lepas, telah diadakan Mesyuarat Agung ABI bertempat di bilik kuliah SK104, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM. Satu pemilihan baru telah dilakukan, dengan mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden ABI sekarang, Mohamad Salleh Abdullah. Jumlah ahli yang hadir agak ramai, sebanyak 21 orang. Dalam mesyuarat agung ini, ABI telah memutuskan dan bersetuju untuk memilih AJK ABI yang baru, terdiri daripada seorang Presiden, Timbalan Presiden, Bendahari dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Biasa. Manakala bagi jawatan Setiausaha, mesyuarat agung sebulat suara memberikan kuasa kepada Presiden yang dipilih untuk melantik Setiausaha ABI. Dalam mesyuarat tersebut, nama-nama ahli yang terpilih memegang jawatan adalah seperti berikut :
Presiden : Imaaduddin Abdul Halim (Misdev 09)[Beliau mengalahkan 4 calon yang lain dengan undian majoriti 17 undi)
Timbalan Presiden : Radieah Md Noor (ASTS /Phd)- Sebulat suara
Setiausaha : Salimah bte Yahaya (Misdev 09)- dilantik oleh Presiden
Bendahari : Shafiza bte Shaari (Misdev 09)- sebulat suara
Ahli Jawatankuasa : Norhayati Abdullah (Phd), Suraya (ASTS /Phd), Nor Hidayah Naziha bte Adnan (Misdev 09) dan Rizal Abu Bakar (Misdev 09), 2 tempat dikhaskan kepada Misdev '10.
Mesyuarat Agung juga telah meluluskan beberapa resolusi seperti berikut ;
1]. Menubuhkan biro-biro penting seperti akademik, dakwah, kebajikan, ekonomi dan
sukan bagi melancarkan pelaksanaan aktiviti ABI.
2]. Menjalankan kutipan yuran wajib kepada semua ahli ABI bagi mewujudkan tabungan
kewangan ABI.
3]. mengadakan program akademik kepada ahli ABI supaya kualiti penyelidikan dan penulisan
meningkat.
[NotaMSA : Bekas Presiden ABI: Dari jauh ku pohon maaf]