Tuesday, January 26, 2010

FAKTA MENAKUTKAN : 1 SAHAJA KAJIAN PHD MENGENAI WAKAF DALAM TEMPOH 10 TAHUN

MSA pun tidak tahu hendak komen apa tentang fakta ini. Hendak menangis pun tak tahu. Hendak ketawa pun tak tahu. Namun begitu itulah fakta sebenarnya yang telah dibongkar oleh Sdra Ahmad Anwar Rosli dalam kertas kerjanya bertajuk "Trend Kecenderungan Kajian Berkaitan Wakaf di Malaysia, 1998 hingga 2008. Kertas ini telah dibentangkan di Workshop Antar Bangsa Pembangunan Berteraskan Islam II : Wakaf Dalam Pelbagai Perspektif di Medan, Indonesia pada bulan Mei 2009 yang lalu. Untuk membuktikan fakta ini, ikuti maklumat yang dikemukakan oleh beliau tentang bilangan calon yang membuat kajian tentang wakaf :
Dalam tempoh 10 tahun (1998-2008)
Calon PhD - 1 orang sahaja (Universiti Malaya)
Calon Master - 19 orang sahaja [dengan UM (4 orang), USM (1 0rang), UKM (4 orang), UTM (7 orang) dan UIAM (3 orang)].
Calon Sarjana Muda - 39orang [dengan UM (24 orang), UTM (12 orang) dan UUM (3 orang). Universiti-universiti yang tidak disebutkan, tiada calon yang membuat kajian tentang wakaf samada di peringkat Sarjana Muda, master mahupun PhD.
Ekoran daripada fakta di atas, beberapa persoalan timbul, iaitu :
i]. Adakah bidang wakaf tidak diminati oleh penyelidik ?
ii]. Adakah bidang wakaf sangat susah, sukar difahami serta sukar mendapat bahan dan maklumat menyebabkan ramai yang tidak berminat ?
ii]. Adakah kerana wakaf satu ibadat sunat, maka ia gagal menarik minat penyelidik untuk mengkaji berbanding bidang muamalat lain seperti zakat, takaful dan perbankan Islam ?
iv]. Adakah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sangat tidak bekerjasama dan membantu menyebabkan kajian mengenai wakaf tidak menarik minat ramai ?
v]. Adakah penyelidik yang mahu meneruskan kajian tentang wakaf akan dikira sebagai telah membuktikan lompang kajian ?
[NotaMSA: tanya soalan sendiri, jawab sendiri]

KE MANA PERGINYA RUANGAN EKONOMI ISLAM DALAM MAJALAH DEWAN EKONOMI ?

MSA pun rasa amat hairan jugak sejak kebelakangan ini. Ke mana perginya ruangan Ekonomi Islam (EI) yang selalu terdapat dalam Dewan Ekonomi (DE)?. Ini kerana sudah 2 siri iaitu keluaran November 2009 dan Disember 2009, MSA dapati tiada artikel mengenai Ekonomi Islam. Hendak dikatakan tiada artikel pada masa tersebut, adalah amat pelik kerana artikel MSA tentang isu wakaf sudah sampai ke meja pengarangnya. Kenapa tidak disiarkan sahaja artikel tersebut. Adakah tiada artikel lain ? Atau adakah semua artikel yang dihantar tidak menepati standard siaran. Jika tidak menepati standard, semua penulis haruslah dimaklumkan standard yang bagaimana yang diperlukan oleh Ruangan EI ini. Jika tiada penulis, ini adalah amat mustahil kerana sudah tentu ramai yang sanggup menjadi penulis bulanan di Ruangan EI ini jika ada jemputan dan ajakan. Begitu juga, MSApun hendak menawarkan diri jika boleh berbuat demikian. Menjadi penulis tamu dalam kolum EI setiap bulan. Setiap bulan ditampilkan isu EI yang berbeza-beza. Melihat akan perkembangan ini MSA rasakan seperti ada yang tak kena dengan majalah Dewan Ekonomi sejak kebelakangan ini. Ditambah pulak kadang-kadang majalah DE lambat sampai kepada pelanggan. Kadang-kadang sudah 3 atau 4 haribulan, majalah ini belum ada di pejabat pemasaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan berhampiran pejabat MSA. Berbanding dengan majalah Al-Islam, majalah DE sangat lambat menemui pembacanya. Sehingga kini MSA tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Lumpur.
[NotaMSA : DE kini tidak sama ketika zaman Azli Shukri di DE]

TIADA KEPUTUSAN PELANTIKAN PENGERUSI PUZ ?

Setakat berita ini ditulis, MAINPP mengalami kebuntuan dalam isu pelantikan Pengerusi PUZ Pulau Pinang yang baharu. Ini kerana walaupun mesyuarat Ahli Majlis MAINPP diadakan pada minggu lepas, isu ini masih belum dapat diselesaikan dan terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang akan ditetapkan kemudian. Seperti mana yang dilaporkan jawatan Pengerusi PUZPP ini menjadi rebutan beberapa pihak yang telah diketahui umum. Tidak mengikut tradisi sebelum ini yang mana YDP MAINPP sentiasa dilantik sebagai Pengerusi PUZPP, kali ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencalonkan TKM II YB Mansor Othman sebagai Pengerusi PUZPP yang baharu menggantikan YB Shabudin Yahaya yang tamat tempohnya pada 31 Disember 2009. Walau bagaimanapun pencalonan Kerajaan Negeri ini setakat ini tidak dapat diputuskan oleh mesyuarat Ahli Majlis MAINPP.
[NotaMSA : buat kerja seperti mana biasa]

Wednesday, January 20, 2010

HADIAH NO. 2 DARIPADA ALLAH SWT. DALAM KESUSAHAN ADA KESENANGAN. REZEKI DAN HARTA YANG DIAMBIL KINI DIGANTI

Lot kedai 1 tingkat yang telah dibeli (sebelah kiri sekali)
Kelihatan kereta Pesona diparkir di hadapan lot kedai yang dibeli

Kelihatan kereta Pesona diparkir di tempat letak kenderaan awam di hadapan lot kedai

Bagi menggembirakan hati yang masih bersedih, beberapa keputusan besar dan penting telah diambil. Antaranya keputusan untuk membeli lot kedai dan membuat lanskap luar rumah Baitul Husna. Keputusan yang diambil ini sedikit sebanyak telah dapat merawat hati yang bersedih akibat Peristiwa 1/11 tempohari. Selepas membuat siasatan, satu lot kedai di Taman Seri Mengkuang, Mengkuang, SPT telah dibeli dengan harga RMxxx,xxx.00. Renovation untuk lanskap luar rumah juga menelan kos sebanyak RMxx,xxx.00. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah memberi nikmat rezeki yang banyak dan dari sumber yang tidak disangka-sangka.
[NotaMSA: Satu Keputusan besar]

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LAWATAN KE NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

Wah, besarnya. Apa benda ini ? Ooo telur burung unta rupanya. Harga sebiji RM35.00.


Antara barang-barang yang dibeli di Shopping Complex Padang Besar

Ada kereta, topi keledar, toto, beg sekolah, beg tangan,
t-shirt, bantal peluk, ikan paus dan kura2 cute

Aktiviti sampingan yang menggembirakan. Memberi makan sambil mendoakan
Allah SWT merahmati dengan rezeki yang melimpah-limpah.
Memberi makan burung unta di Taman Burung Unta

Seekor diberi makan, banyak burung unta yang datang.
Kuda atau "unicorn" ?

TEKA TEKI SIAPA PENGERUSI PUZ PULAU PINANG TERJAWAB HARI INI ?

Teka-teki siapa bakal menjadi Pengerusi PUZ Pulau Pinang akan terjawab apabila mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sejak pelantikan ahli majlis baharunya diadakan hari ini, 21 Januari 2010. Sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengarah PUZ yang diadakan sebelum Majlis Jamuan Makan Malam Perpisahan YDP MAINPP YB Shabudin Yahaya di Hotel Summit, Bukit Mertajam, Ustaz Ellias Zakaria telah dilantik sebagai Pengerusi PUZ yang baharu. Pelantikan Ellias Zakaria adalah selaras dengan peraturan dan undang-undang syarikat mengikut Akta Syarikat 1965 yang mana hanya YDP MAINPP sahaja yang memegang saham 100 % dalam syarikat As-Shahabah Urus Zakat Sdn Bhd, anak syarikat milik MAINPP 100% yang menguruskan PUZPP. Ini ekoran keputusan MAINPP terdahulu bahawa hanya YDP MAINPP mewakili MAINPP dalam anak syarikat PUZPP itu dan jumlah saham yang dipegang aadalah 100%.
Walau bagaimanapun laporan berita yang disiarkan dalam Malaysiakini bertarikh kelmarin, 20 Januari 2010 menyebut, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Mansor Othman dijangka dilantik sebagai Pengerusi PUZPP. Ini adalah ekoran keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menamakan Mansor Othman sebagai Pengerusi baharu PUZPP. Dengan ini wujud dua (2) nama yang dijangka akan mengisi jawatan tersebut. Oleh kerana PZUPP merupakan anak syarikat milik penuh MAINPP, maka adalah dijangka Mesyuarat MAINPP pada hari ini akan membuat keputusan mengenai perkara ini. Keputusan siapa yang mengisi jawatan ini akan diketahui pada sebelah petang.
[NotaMSA: petanda baharu kepada PUZPP]

Wednesday, January 13, 2010

MUHASABAH DIRI 3 : LAWATAN SEKITAR PERLIS : GUA KELAM DAN PADANG BESAR


John Terry terus-menerus mengawal ketat Fernando Torres walaupun di Stadium Gua Kelam.

Di hadapan papan penerangan dan sejarah Gua Kelam.

Bergambar kenangan sebaik sampai di Gua Kelam, Perlis. Turut serta
ialah ibu saudara sebelah isteri daripada Ipoh Perak (kanan Wafiq)

Di Negeri Perlis, antara tempat menarik yang tidak boleh dilepaskan ialah melawat Gua Kelam, Padang Besar dan melihat burung unta, kuda dan rusa. Taman Burung Unta, Rusa dan Kuda terletak dalam laluan perjalanan ke Padang Besar.