Friday, August 21, 2009

KENAPA LAMA MENGHILANG ?

Kawan-kawan dan sifu-sifu terutama Dr Zahri Hamat, ramai yang bertanyakan kenapa lama tidak muncul di blog. Mereka hairan kenapa saya sunyi dan sepi. Ketika berjumpa di di ISDEV dan Kali terakhir di Bengkel Antarabangsa Siswazah ISDEV baru ni pun, soalan yang sama dikemukakan. Mereka hendak tahu perkembangan saya. Juga apa-apa cerita dan maklumat baru. Dah lama betul tak menulis dalam blog. Rupa-rupanya dah dua bulan. Entries Jun yang paling akhir. Kenapa sebabnya ? Selalunya masa untuk menulis dalam blog saya lakukan pada masa rehat lunch dan selepas waktu pejabat saya. Selepas pukul lima la tu. Tetapi sejak capaian kepada Google diblock, maka saya tidak dapat lagi berblog. Tambahan pula masa tu begitu sibuk dengan tugasan pejabat. Ada 4 tugasan yang kena dibuat masa tu. Pertama, menganjur Kejohanan Bolasepak Antara Institusi Zakat Semalaysia 2009. Saya jadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikalnya. Wah bukan main sibuk lagi dua hari itu. Kedua, Majlis Pelancaran Sambutan Ulangtahun Ke 15 PUZ MAINPP. Saya ditugaskan dalam bidang tugas-tugas khas Berbincang dan membuat tempahan ballroom untuk program. Tambahan pula di saat akhir saya ditugaskan untuk membuat Aturcara Pentadbiran kerana VVIP utama ialah TYT Tun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Tugas tu pun dah pening kepala dah. Dua hari sebelum program saya dilantik menjadi Stage Manager, satu lagi tugasan yang memeningkan kepala. Program tu dijalankan pada 23 Julai 2009 di Hotel Sunway Seberang Jaya. Dua minggu selepas itu berlangsung pulak program Karnival Zakat 2009 selama 2 hari. Saya ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Jemputan, Promosi, Publisiti dan Meramaikan Orang. Wah tugas ni lah yang paling mencabar. Kepala pening jugak mencari audience kerana isu H1N1. [Nanti kita cerita bab tu]. Itulah yang menyebabkan saya tidak dapat keluar ke cyber cafe dekat bandar PERDA untuk updated blog ini. Ni ada masa sikit saya cuba updatedkan sebab kawan-kawan dah tegur, dah tanya, apa jadi kat hang.
[MSA : Tak takut H1N1. Lebih takut B1N1. he...... he...........he. Jangan marah kalau ada yang kena]

Tuesday, June 16, 2009

ARTIKEL KE2 PROJEK 1ARTIKEL 1BULAN HAMPIR SIAP

Artikel bertajuk "Perspektif Ekonomi Wakaf Tunai" hampir siap untuk kerja-kerja editan. Makalah tersebut dijangka akan siap dalam minggu ini. Selepas itu makalah itu akan diserahkan kepada editor untuk disemak dan dibaca prufnya. Selepas itu bolehlah ianya dipertimbangkan dihantar kepada akhbar. Kali ini artikel ini dicadangkan diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia ruangan Mega Agama. Ianya bertujuan untuk menyaingi JAWHAR yang artikel kakitanganya kerap diterbitkan oleh UM dalam ruangan ini. MSA menyarankan supaya ramai kawan2 menulis supaya setiap bulan 1artikel daripada sahabat2 ISDEV keluar di Utusan Malaysia. Ini dijangka akan mengharumkan nama ISDEV USM.
[MSA: Minggu ini wakaf, minggu depan zakat, minggu satu lagi takaful, seterusnya perbankan Islam... begitulah seterusnya berulang-ulang]

KERTAS KERJA PENGKORPORATAN WAKAF TULISAN MSA DIPILIH UNTUK DITERBITKAN OLEH UNIVERSITI MALAYA

Ketika kita sibuk dan berseronok di Pasar Ikan Medan, Indonesia tempohari, sepucuk surat daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tiba di ISDEV. Surat itu kandungannya memohon kebenaran untuk menerbitkan satu artikel milik MSA yang dibentangkan di API UM pada bulan Februari 2009 tempohari. Tajuk kertas itu ialah Pengkorporatan Institusi Wakaf Di Malaysia : Satu Cadangan Awal. kertas ini dicadang diterbitkan sebagai salah satu bab dalam buku. MSA hanya dapat tahu niat dan hasrat API UM itu selepas kita semua pulang daripada Medan. Katanya MSA mestilah memberikan kebenaran selepas tarikh tertentu (Tarikhnya semasa kita berada di Medan). Jika tiada jawapan, seolah-olah kebenaran diberikan dan artikel itu akan diterbitkan tanpa apa-apa pindaan (kertas kerja asal). Apa hendak dibuat. MSA hanya mengetahui tentang wujudnya surat itu selepas kita pulang berjumpa keluarga masing-masing di Pulau Pinang. Terima sahaja takdir Allah SWT. Sama-sama kita nantikan penerbitan buku ini. Biar 1Malaysia tahu kenapa pengkorporatan wakaf Pulau Pinang gugur dan rebah dibentes sebelum langkah pertama lagi.
[MSA : Perjuangan "mayat" pengkorporatan wakaf baru bermula]

ADA BANYAK CERITA NAK BAGI TAU KAWAN-KAWAN

Wah disebabkan dah lama tak ke udara (di blog) disebabkan masalah teknikal (internet kena block), bila dapat ke udara hari ini timbul syok pulak menulis dalam blog ini. Dan sebenarnya berita yang nak disampaikan pun banyak. Antaranya ialah kisah MSA menghadiri Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat anjuran Kolej Insaniah di Alor Setar pada 30-31 Mei 2009 yang lalu. Juga perbincangan tentang kertas zakat dan wakaf yang dibentangkan di muktamar ini. Juga tentang gambar MSA hadiri muktamar terbit dalam paper Harian Metro (Sayang hari tu tak gunting paper tu). Juga berselisih dengan CEO Yayasan Waqaf Malaysia di muktamar. Bak kata banyak cerita yang hendak dihebahkan di dalam blog ini kat kawan-kawan. Walau apapun kawan-kawan kena tunggu la nanti.

PROJEK 1ARTIKEL 1BULAN BERMULA

InsyaAllah jika tiada aral melintang, akan keluar la artikel pertama dalam projek 1Artikel 1Bulan dalam majalah Dewan Ekonomi bulan Julai 2009 ni. Itulah yang menjadi harapan MSA. Bila artikel sudah keluar, baru boleh kata projek ini berjalan dan berjaya. Dalam pada tu artikel-artikel lain juga akan dibuat dan diterbitkan. Kepada semua kawan2 jangan lupa dapatkan DE bulan ni. Kalau tak keluar jenuh saya. Manusia hanya merancang Tuhan menentukan. Che.... cover line nampak...
[MSA : Bila nak tulis tentang wakaf produktif ?]

3 TUGASAN MAUT MENUNGGU !

3 tugasan menunggu dalam tempoh 2 bulan ini. Pertama kertas kerja untuk seminar IGRAW09 anjuran ISDEV. Tajuk yang dipilih ialah Sistem Penyampaian Wakaf : Satu Kerangka Konseptual. Dengar tajuknya pun dah penat. Inikan pulak nak buat paper. Oleh kerana hajat hati untuk memperderaskan perjalanan tesis yang ibarat kura-kura berjalan, maka tajuk ini dipilih juga. Kedua, menyiapkan kertas kerja untuk International Conference In Waqf Laws and Management 2009 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tajuk yang dipilih dan telah diterima oleh sekretariat ialah "Managing Awqaf Through Corporatizational Model". Yang ini lagi berat sebab kertas kerjanya dalam Bahasa Inggeris. Yang tu pun dah jadi azam tahun ini. Terpaksalah buat jugak dalam bahasa Inggeris. Artikel tu kena ambik masa sikit la sebab payah lo. Walaupun nama Mat Salleh tapi artikel mat salleh kantoi jugak. Yang ketiga ni pulak, yang tak jalan-jalan ni. Pembetulan proposal PhD. Daripada dulu sampai la ni asyik pembetulan saja. Bila nak habis da. Mujurlah dapat penyelia yang bagus-bagus. Boleh la relax sikit. Apapun ketiga-ketiga tugasan ini kena pulun dalam 2 bulan ni supaya selesai. Jika tidak teruk la nanti. Sebab dah relak lama.
[MSA : Bangunlah engkau wahai MSA dari komamu]

Monday, June 15, 2009

MSA & WAKAF MULA DIKENALI

Sebagai mengesahkan kenyataan Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh dalam Penyeliaan Bulanan ISDEV pada 12 Jun 2009 yang lalu, MSA&WAKAF mula dikenali. Sejak setahun menulis dalam blog, membentang kertas kerja di seminar dan persidangan, menulis artikel dan makalah dalam majalah popular dan akhbar, umum mula mengenali MSA&WAKAF. Sejak beberapa bulan lepas, MSA dihubungi oleh beberapa orang pelajar sarjana yang juga membuat penyelidikan tentang wakaf. Tujuannya sama. Untuk mendapatkan maklumat dan dokumen mengenai bidang wakaf yang MSA tahu. Dan dalam seminggu ini, MSA dihubungi oleh Cik Suria Jabib daripada majalah Dewan Masyarakat, memohon pandangan dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan pengurusan wakaf di Malaysia. Kelmarin MSA dihubungi melalui email oleh seorang orang besar sebuah bank yang juga membuat kajian dan produk mengenai wakaf. MSA rasa semua ini adalah kerana tulisan dan luahan idea tentang wakaf. Secara pendeknya kerana tulisan-tulisan yang dibuat oleh MSA tentang wakaf. MSA pun tak tahu kenapa ? Mungkin kerana ada isi, logik atau kebenaran dalam kandungan artikel yang dikeluarkan itu. Tetapi apa yang pasti artikel itu ditulis dengan hasrat dan niat supaya pihak berkuasa wakaf melakukan perubahan dan pembaharuan supaya wakaf boleh semula menjadi pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam terutamanya di Malaysia. InsyaAllah.
[MSA : Semoga ada MAIN yang berubah]