MSA sudah lama nak bincang isu ini.Namun begitu MSA takut nanti kawan-kawan kata MSA memihak (take side). Namun yang MSA nak tulis ini hanya pandangan MSA sebagai seorang pengamal dalam institusi wakaf. Bukan MSA hendak sebelahkan mana-mana pihak. Sebelah sini tidak, sebelah sana pun tidak. Sebelah merah pun bukan, sebelah hijau pun tidak. Perkara ini timbul dan menjadi isu apabila semua perkara hendak dipolitikkan. Apabila wakaf dipolitikkan, akhirnya pandangan syarak dan keputusan fatwa diketepikan. Agama sudah tidak dipandang tinggi lagi. Ada 2 kes kajian yang MSA ingin ceritakan. Isunya sama tapi ditentang oleh pihak yang berbeza. Kes pertama di Pulau Pinang, manakala kes kedua di Kedah. Kes di Pulau Pinang melibatkan kes wakaf masjid Simpang Enam.
Wednesday, June 6, 2012
Monday, May 28, 2012
TIPS TERMUDAH MENULIS TESIS
Itulah kesimpulan ilmu yang diperolehi oleh MSA semasa sesi Penyeliaan Bersama Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh pada Jumaat, 18 Mei 2012 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar hadir. Semua pelajar ini merupakan pelajar yang Profesor Muhamamd Sukri Salleh menjadi penyelia utama. Sebenarnya pelajar Prof ramai lagi. Ada lebih kurang 10 orang lagi yang tak dapat hadir. Misalnya Raziah (PhD) yang bercuti bersalian dan telah kembali ke UUM, Radiah Mohd Noor (Phd) yang mengikuti suami belajar ke Australia, kawan-kawan dari Medan, seperti Pak Umry, Pak Heri dan lain-lain. Antara tips yang diperolehi ialah:
1). Menulis tesis secara santai seperti menulis kertas kerja untuk seminar.
2). Menulis dengan melupakan bayangan wajah Prof. Kalau teringat wajah penyelia, pelajar jadi tension. kalau begitu mungkin boleh bayangkan wajah pelajar lain kot.
3). Membaca sekadar untuk mendapatkan rangka atau struktur artikel sahaja. Selepas itu apabila telah buat sorotan karya, baharulah ditambah maklumat atau kajian lepas dalam rangka tersebut.
4). 6 bulan yang diperlukan untuk menulis 6 topik tesis adalah amat lama. Dicadangkan penulisan dipercepatkan sedikit kerana kesuntukan masa.
Semoga tips ini membantu anda menulis tesis dengan lebih cepat lagi.
[NotaMSA: Semakin kesuntukan masa]
KERTAS CADANGAN JUDUL (KCJ) BUKU TRANSFORMASI WAKAF DI MALAYSIA LULUS
Demikian dimaklumkan oleh Puan Rokiah, Editor DBP dalam emelnya beberapa hari lepas. Begitu juga makluman daripada Encik Karim, Ketua Bahagian Buku Umum, DBP beberapa hari kemudiannya. Sebanyak 19 buah KCJ daripada penulis-penulis ISDEV telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Editorial (JKE) DBP yang bermesyuarat pada 21 Mei 2012 yang lalu. Apa sekarang? MSA dan semua penulis sekarang kenalah menyiapkan pembaikian dan penambahbaikan manuskrip yang sedang diusahakan. Kepada semua penulis ISDEV, selamat menyiapkan manuskrip akhir. Bengkel Buku ISDEV-DBP Kali 3 selanjutnya akan diadakan 12 & 13 Jun 2012 akan datang.
[NotaMSA: Semakin hampir bergelar penulis buku]
Tuesday, April 3, 2012
DERAF PERTAMA BUKU SIAP
Alhamdulillah tanggal 31 Mac 2012 yang lalu, deraf pertama buku Transformasi Wakaf di Malaysia karangan MSA siap. Setelah bertungkus lumus, dari malam hingga subuh, akhirnya ia siap jugak. Tapi tak boleh nak senyum lagi sebab ia masih deraf pertama. Kena buat pembaikian lagi. Selepas dibaiki baharulah jadi deraf ke 2. Manuskrip buku..... belum lagi, jauh lagi. Ia hanya boleh dipanggil manuskrip apabila dapat kelulusan editor DBP. Selagi belum lulus, belum layak dipanggil manuskrip buku. Tapi untuk mensyokkan diri sendiri, MSA kata la ia manuskrip buku. Bukan apa cuma nak bagi semangat kat diri sendiri. Sehingga Bengkel Penataran Bahasa oleh DBP pada 19 April nanti ada la masa MSA nak edit lagi.
[MSA: Baru tau, bukan senang tulis buku, macam mengandung 9 bulan jugak]
TESIS PUN BUKAN KITA YANG PUNYA. SEMUA ALLAH YANG PUNYA
Dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini, MSA hampir kehilangan tesis yang ditulis kali ke 2. Kali pertama tentu kawan-kawan masih ingat, apabila rumah MSA dipecah masuk. Habis laptop dan semua bahan2 penulisan tesis MSA dan isteri hilang. Tapi kali ini terjadi kepada MSA pulak. Semua penulisan hampir hilang. Dek gara2 nak tau apa ada dalam satu entry spam. Lepas tekan punat sahaja, habis hilang semua fail-fail dalam simpanan. Kecoh juga dibuatnya. Pada ketika ini teringat lagu nasyid nyanyian Asri & Rabbani, Semua Allah yang punya. Tesispun Allah yang punya. Kalau tesis nak hilang, ia tetap hilang biar apapun kita lakukan. Suspen sungguh. So tesis MSA jadi macamana? Selepas beberapa hari, MSA dimaklumkan bahawa semua fail dapat balik hasil usaha kedai komputer. Alhamdulillah. Barulah MSA teringat, tesispun bukan kita punya. Semua Allah yang punya. Kalau tak percaya cuba lagukan nasyid Kumpulan Rabbani di bawah:
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada milik kita
Kita hanya mengusahakan sahaja
Apa yang kita dapat
Allah telah sediakannya
[MSA: Semuanya Allah punya. Allah pinjamkan tesis itu sahaja]
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada milik kita
Kita hanya mengusahakan sahaja
Apa yang kita dapat
Allah telah sediakannya
[MSA: Semuanya Allah punya. Allah pinjamkan tesis itu sahaja]
KENAPA SEPI TANPA ENTRY
Yalah MSA pun tak tahu pasai apa. Nak kata sibuk, memang la sibuk. Nak kata tak sibuk, sibuk juga la. Tapi kenapa dah lama tak blogging. Selama 3 bulan satu entry pun takdak. Apa dah jadi. Sibuk hal apa. Macam merajuk sahaja. Merajuk ka. Tak.. tak, tak merajuk. Cuma... cuma apa. tak tau. Mungkin sibuk tulis tesis kot. Atau sibuk kerja kat pejabat. Kalau sibuk tulis buku. Sibuk yang mana satu. Entahlah....................
[MSA: Sibuk la....]
[MSA: Sibuk la....]
WAPI 5 (7-13 APRIL 2012)- SELAMAT TERBANG KE MEDAN, INDONESIA
Bagi tahun ke 3 berturut2 MSA tidak dapat menghadiri Workshop Antarbangsa Pembangunan Berteraskan Islam (WAPI) Kali ke 5 (2012) tahun ini atas alasan yang sama. Kumpul cuti tahunan untuk urusan tesis. MSA dengar kali ini merupakan delegasi terbesar. Seramai 49 orang akan hadir. 4 orang pensyarah dan 45 orang pelajar. Wow ramainya pelajar pergi. Walaupun program ini disifatkan wajib, tetapi masih ramai lagi pelajar lain yang tidak pergi bersama. MSA salah seorang daripadanya.
MSA ucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli rombongan. Kalau MSA dapat pergi, benda yang MSA paling minat untuk dibeli ialah seluar katok Pulau Samosir. Best suggguh bila memakainya apabila berkebun. Sayangnya ia dah terkoyak rabak. Mungkin MSA akan berpeluang membelinya tahun depan atau 2014. Itupun kalau masih ada umur panjang.
(MSA: Ada kenangan terindah yang membuat akan daku mengingatimu Allah ya rab)
Subscribe to:
Posts (Atom)