Monday, May 28, 2012

KERTAS CADANGAN JUDUL (KCJ) BUKU TRANSFORMASI WAKAF DI MALAYSIA LULUS

Demikian dimaklumkan oleh Puan Rokiah, Editor DBP dalam emelnya beberapa hari lepas. Begitu juga makluman daripada Encik Karim, Ketua Bahagian Buku Umum, DBP beberapa hari kemudiannya. Sebanyak 19 buah KCJ daripada penulis-penulis ISDEV telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Editorial (JKE) DBP yang bermesyuarat pada 21 Mei 2012 yang lalu. Apa sekarang? MSA dan semua penulis sekarang kenalah menyiapkan pembaikian dan penambahbaikan manuskrip yang sedang diusahakan. Kepada semua penulis ISDEV, selamat menyiapkan manuskrip akhir. Bengkel Buku ISDEV-DBP Kali 3 selanjutnya akan diadakan 12 & 13 Jun 2012 akan datang.  
[NotaMSA: Semakin hampir bergelar penulis buku]

Tuesday, April 3, 2012

DERAF PERTAMA BUKU SIAP

Alhamdulillah tanggal 31 Mac 2012 yang lalu, deraf pertama buku Transformasi Wakaf di Malaysia karangan MSA siap. Setelah bertungkus lumus, dari malam hingga subuh, akhirnya ia siap jugak. Tapi tak boleh nak senyum lagi sebab ia masih deraf pertama. Kena buat pembaikian lagi. Selepas dibaiki baharulah jadi deraf ke 2. Manuskrip buku..... belum lagi, jauh lagi. Ia hanya boleh dipanggil manuskrip apabila dapat kelulusan editor DBP. Selagi belum lulus, belum layak dipanggil manuskrip buku. Tapi untuk mensyokkan diri sendiri, MSA kata la ia manuskrip buku. Bukan apa cuma nak bagi semangat kat diri sendiri. Sehingga Bengkel Penataran Bahasa oleh DBP pada 19 April nanti ada la masa MSA nak edit lagi.

[MSA: Baru tau, bukan senang tulis buku, macam mengandung 9 bulan jugak]

TESIS PUN BUKAN KITA YANG PUNYA. SEMUA ALLAH YANG PUNYA

Dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini, MSA hampir kehilangan tesis yang ditulis kali ke 2. Kali pertama tentu kawan-kawan masih ingat, apabila rumah MSA dipecah masuk. Habis laptop dan semua bahan2 penulisan tesis MSA dan isteri hilang. Tapi kali ini terjadi kepada MSA pulak. Semua penulisan hampir hilang. Dek gara2 nak tau apa ada dalam satu entry spam. Lepas tekan punat sahaja, habis hilang semua fail-fail dalam simpanan. Kecoh juga dibuatnya. Pada ketika ini teringat lagu nasyid nyanyian Asri & Rabbani, Semua Allah yang punya. Tesispun Allah yang punya. Kalau tesis nak hilang, ia tetap hilang biar apapun kita lakukan. Suspen sungguh. So tesis MSA jadi macamana? Selepas beberapa hari, MSA dimaklumkan bahawa semua fail dapat balik hasil usaha kedai komputer. Alhamdulillah. Barulah MSA teringat, tesispun bukan kita punya. Semua Allah yang punya. Kalau tak percaya cuba lagukan nasyid Kumpulan Rabbani di bawah:

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada milik kita
Kita hanya mengusahakan sahaja
Apa yang kita dapat
Allah telah sediakannya

[MSA: Semuanya Allah punya. Allah pinjamkan tesis itu sahaja]

KENAPA SEPI TANPA ENTRY

Yalah MSA pun tak tahu pasai apa. Nak kata sibuk, memang la sibuk. Nak kata tak sibuk, sibuk juga la. Tapi kenapa dah lama tak blogging. Selama 3 bulan satu entry pun takdak. Apa dah jadi. Sibuk hal apa. Macam merajuk sahaja. Merajuk ka. Tak.. tak, tak merajuk. Cuma... cuma apa. tak tau. Mungkin sibuk tulis tesis kot. Atau sibuk kerja kat pejabat. Kalau sibuk tulis buku. Sibuk yang mana satu. Entahlah....................
[MSA: Sibuk la....]

WAPI 5 (7-13 APRIL 2012)- SELAMAT TERBANG KE MEDAN, INDONESIA

Bagi tahun ke 3 berturut2 MSA tidak dapat menghadiri Workshop Antarbangsa Pembangunan Berteraskan Islam (WAPI) Kali ke 5 (2012) tahun ini atas alasan yang sama. Kumpul cuti tahunan untuk urusan tesis. MSA dengar kali ini merupakan delegasi terbesar. Seramai 49 orang akan hadir. 4 orang pensyarah dan 45 orang pelajar. Wow ramainya pelajar pergi. Walaupun program ini disifatkan wajib, tetapi masih ramai lagi pelajar lain yang tidak pergi bersama. MSA salah seorang daripadanya.

MSA ucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli rombongan. Kalau MSA dapat pergi, benda yang MSA paling minat untuk dibeli ialah seluar katok Pulau Samosir. Best suggguh bila memakainya apabila berkebun. Sayangnya ia dah terkoyak rabak. Mungkin MSA akan berpeluang membelinya tahun depan atau 2014. Itupun kalau masih ada umur panjang.

(MSA: Ada kenangan terindah yang membuat akan daku mengingatimu Allah ya rab)

Friday, December 30, 2011

"COUNTDOWN" PENULISAN BUKU ISDEV-DBP BERMULA

Minggu hadapan, tanggal 5 Januari 2012 telah dijadualkan satu majlis rasmi Majlis Menandatangani MOU Penerbitan Buku antara USM (dibaca ISDEV) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ia akan diadakan serentak dengan Perutusan Tahun baharu 2012 Naib Canselor USM yang akan disaksikan oleh TYT Negeri Pulau Pinang. Dalam majlis yang sama juga diadakan pelancaran buku-buku yang telah siap dan pameran. Daripada maklumat sebanyak 19 buah buku pelbagai tajuk telah dicadangkan untuk diterbitkan oleh DBP. Kepada semua warga ISDEV yang terpilih untuk menghasilkan buku ini, maka bermulalah era penulisan buku-buku ini. Mulai saat ini selepas ini semua rutin jadual harian warga ISDEV terbabit haruslah disesuaikan bagi membolehkan buku siap. MSA dimaklumkan tarikh akhir penghantaran deraf buku ialah pada 31 Mac 2012 akan datang, iaitu lebih 90 hari daripada sekarang. Dalam tempoh tersebut semua penulis buku harus bertungkus lumus menyiapkan paling minima, deraf pertama. Oleh kerana penulisan buku bukanlah satu tugas yang mudah, maka disiplin diri yang ketat perlulah diamalkan. Jika tidak buku tidak akan berjaya disiapkan. Itu belum lagi melibatkan tempoh masa untuk kerja-kerja pembetulan, pembaikian, editan, deraf akhir dan percetakan. Mulai sekarang dalam tempoh masa membuat persiapan mengajar, mengajar, memberi kuliah, membuat penyelidikan, menulis artikel dan laporan dan penyeliaan pelajar sarjana dan PhD, ruang masa yang ada haruslah diperuntukkan sama untuk penulisan buku. Untuk diri MSA biarlah penulisan buku ini semata-mata kerana Allah swt supaya buku ini boleh menjadi amal jariah yang boleh ditinggalkan.

[NotaMSA: Semoga buku menjadi satu wakaf yang berkekalan]

TAHUN BAHARU (2012), AZAM BAHARU, STRATEGI BAHARU!

Esok, tanggal 1 Januari 2012. Satu lagi tahun baharu ditempoh dalam travelodge PhD wakaf. Bagi memastikan perjalanan penulisan tesis berjalan (bukan lari setempat), maka MSA telah membuat beberapa perancangan dan strategi baharu supaya dapat mendisiplinkan diri. Antaranya, pertama ialah mengadakan countdown serahan tesis. Seperti mana di bahagian kanan blog ini, MSA telah adakan countdown tersebut, iaitu tarikh serahan pada 31 Disember 2012, iaitu 365 hari daripada sekarang. Ini sebagai janji kepada diri MSA supaya kekal fokus dan bermatlamat. Kedua, mensifarkan pembentangan kertaskerja di seminar dan persidangan atau ringkasnya Seminar Sifar (SS). Kalau adapun hanya untuk pembentangan dalaman ISDEV sahaja iaitu INGRAW2012 dan IDMAC2012. Itupun dengan syarat yang ketat iaitu mesti bentang kertaskerja yang berkaitan dengan tajuk tesis sahaja. Jika tidak jangan bentang paper langsung walaupun di INGRAW atau IDMAC. Ketiga, untuk memberi lebih fokus dan tumpuan, MSA akan memperuntukkan beberapa hari daripada sejumlah 30 hari cuti tahunan 2012 untuk menulis tesis. Ia akan dimulakan seawal Januari 2012. Misalnya 1 hingga 8 Januari 2012 ini akan diguna dan difokuskan untuk penulisan tesis selain menghadiri Majlis MOU Buku DBP. Begitulah juga untuk bulan-bulan yang lain. Keempat, mengurangkan kehadiran ke program-program ISDEV yang memerlukan pengambilan cuti rehat, misalnya penyeliaan bulanan dan lain-lain program. Walaupun demikian, beberapa aspek lain boleh ditingkatkan, misalnya dari segi penulisan dan penghantaran artikel untuk jurnal. Walaupun sibuk menulis tesis, MSA bercadang untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 artikel untuk penerbitan jurnal. Salah satu yang dikenalpasti ialah ialah Jurnal Politik Pembangunan Islam di bawah editorial Dr Warjio. Inilah antara beberapa langkah yang direncanakan supaya penulisan tesis berhasil dan wacana tentang wakaf terus berkembang pesat. Semoga azam tahun baharu 2012 menjadi kenyataan.

[NotaMSA: Ya Allah ampuni dosa-dosaku, ibubapaku, keluargaku dan warga ISDEV. Kau permudahkan dan berilah kejayaan azamku ini]