Tuesday, July 12, 2011

SESI MOTIVASI 3 - JALAN-JALAN KE KUALA LUMPUR

Tempat kami menginap, homestay di Pandan Indah.

3 bilik tidur 2 bilik air. Sewaan 1 malam RM180.00

SESI MOTIVASI 2 - JALAN-JALAN MAKAN-MAKAN

Walaupun diajak ke tempat lain, KFC juga jadi pilihan anak-anak.


SESI MOTIVASI 1 - MANDI LAUT DI TELOK BAHANG

Wow, ramainya anak. Setahun kembar dua. Hee--hee

Sebagai memenuhi janji kepada Mahirah, MSA membawa semua anak mandi laut di Telok Bahang. Seingat MSA dah lama kami tak mandi laut di Telok Bahang sejak peristiwa Tsunami 2004 yang lalu. Wow dah lama dah tak mandi laut. Anak-anak akan lebih menghaormati jika janji kepada mereka ditunaikan. Jika tidak dia akan protes secara senyap. Bila ditunaikan janji, hati mereka jadi kembang dan seronok kerana ibubapa beri perhatian.[NotaMSA: tertunai janji 1]

DORONGAN KEPADA NUR MAHIRAH BERJAYA

Anak ketiga MSA, Nur Mahirah akan mengambil peperiksaan UPSR 12 hari selepas hari raya tahun ini. Tidak seperti dua kakaknya sebelum ini, Mahirah agak berbeza kerana terpaksa didorong untuk beliau berjaya. Tidak seperti kakaknya Nur Athirah dan Nur Yusra, beliau tidak tahu menguruskan masa sendiri dan berdisiplin. Pun begitu Nur Mahirah ingin berjaya cemerlang dan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR sepertimana kakak-kakaknya. Melihatkan keadaan ini maka peranan ibu bapa menjadi penting sekarang. MSA menawarkan banyak tawaran agar beliau rajin belajar, membaca buku dan mengulangkaji. Antara tawaran yang terhebat ialah tawaran makan angin menaiki kapal terbang (satu keluarga) ke Sabah jika lulus UPSR dengan cemerlang pada cuti sekolah penggal pertama tahun depan, 2012. Selain itu ada juga tawaran yang "biasa-biasa" sahaja seperti pergi makan-makan, makan angin dan mandi laut. Nampaknya tawaran tersebut mula mengena dan menampakkan hasilnya. Beliau sudah mula rajin belajar. Paling mengejutkan peperiksaan pertengahan tahun Jun 2011 yang lalu beliau mendapat nombor 1 dalam kelasnya, satu pencapaian paling terbaik berbanding tempat terbaiknya, tidak melepasi nombor 8 saban tahun.

Namun begitu dorongan yang paling hebat sekali ialah diri kita sendiri, ibu-bapanya sebagai seorang pelajar PhD. Itulah dorongan yang paling hebat sekali buat mereka, anak-anak kita. Melihat ibu-bapanya bersengkang mata membaca buku, merupakan dorongan yang tidak memerlukan kata-kata dan nasihat. Melihat sendiri bagaimana ibu-bapa membaca buku, dengan sendirinya menaikkan semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh. Tak perlu kepada kata-kata dan lisan. Semuanya hanya melalui bahasa badan. Daripada bahasa badan dan teladan yang ditunjukkan itu, maka anak-anak mengerti mengapa mereka perlu belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan kedua ibu-bapa. Ketika ditanya kepada MSA dan isteri, kenapa kami masih belajar, maka ini jawapan kami. "Belajar PhD satu perkara yang susah. Hanya dengan susah sahaja, kita akan lebih mengingati Allah". Biasanya kita kurang mengingati Allah apabila kita senang atau berada dalam zon selesa".

[NotaMSA: Itulah motivasi yang sebenar]

Friday, July 1, 2011

ANTARA 2W- MANA 1PILIHAN?

Wafiq (4 1/2 tahun)- rakan PhD yang sering "seiring"

Antara 2W, manakah satu menjadi pilihan? Antara Wafiq dan Wakaf (tesis Phd) mana satu yang perlu diutamakan? Ibarat pepatah Melayu. Hendak ditelan mati emak, diluah mati bapak. Ibarat pepatah Melayu. Inilah dua persoalan yang selalu bermain di minda dan dimaklumkan kepada kawan-kawan dan awam, sehinggakan Profesor Syukri Salleh menjadi marah kerana MSA selalu menggunakan alasan W pertama menyebabkan tidak dapat tumpu kepada W kedua. Hakikatnya sehingga kini isu ini masih membelenggu minda MSA. Seakan tiada jalan penyelesaian, sedangkan hujung penamat kian hampir. Apatah lagi selepas mendapat surat "love letter" daripada Dekan PPSK. Apa lagi, surat tunjuk sebab (show cause letter) la. Seingat MSA, tak pernah la MSA dapat surat tunjuk sebab semasa bekerja. Sebabnya MSA memang insan yang berdisiplin, tak pernah datang lewat dan selalu sharp dalam isu masa. Namun begitu tak sangka pula semasa mengaji Phd/ buat tesis, MSA dapat surat tunjuk sebab pulak. Rasa nak marah pun ada, rasa kecewa pun ada. Tapi kadang-kadang bagus jugak sebab surat ni dapat membangkitkan diri MSA daripada tidur yang lena. Bukan senang hendak buat PhD, berlawanan dengan kuliah Prof. (yang PhD senang dan bla.. bla...) jika masa tiada dan tak dapat beri fokus.

[MSA: Prof, Maafkan daku, ku belum ketemu titik pertemuan itu!]

SETAKAT MANA TERKORBAN KERANA PHD?

Terkorban bermaksud bermatian-matian mengerjakan sesuatu

sehingga mengalir titisan darah terakhir dan hilang nyawa

LAMA TANPA BERITA?

Ke mana lama menghilang? Itulah pertanyaan kebanyakan kawan-kawan apabila lama laman blog ini tidak diupdatedkan. "Sibuk" jawab saya. Semuanya kerana fokus ditumpukan kepada menulis tesis. Bagaimana penulisan tesis sekarang? Setakat mana kemajuannya.