Tuesday, January 6, 2009

DEBARAN TARIKH 14 JANUARI 2009 ?

Kenapa dengan tarikh ini ? Mesyuarat penuh MAINPP. Kenapa pulak ? Ada 2 kertas masuk untuk perbincangan dan kelulusan. Kertas kerja apa? Pertama, kertas MAINPP hendaklah meminjam seorang pegawai PUZ untuk mengetuai Bahagian Dana Wakaf. Sapa pegawai tu? Aku la... siapa lagi. Jadi apa yang syok sangat. Tak syok cuma berdebar saja. Itu saja. Bukan apa..cuma nak tau samada depa betui2 mau aku atau acah-acah saja. Kalau MAINPP tolak lagi kali ini maka confirmlah mereka 100% total tolak aku. Kalau jadi kali ini, dah 3 kali ditolak. Pertama "ditolak"semasa Pegawai Khas YDP (dipertikai sebagai pegawai tak sah), kedua kerana jawatan Pengurus Besar Permodalan Wakaf PP Sdn Bhd (kali ini dikatakan tidak ikut prosedur). Kalau kali kena tolak jugak. Confirm kena mandi bunga. Apa ke halnya nak buat kerja pun kena tolak jugak. Takpa yang tu reserve dulu, nanti bila dapat keputusan kita komen nanti. Yang tu ok, yang kedua apa pulak. Paper apa? Oh paper Wakaf Tunai ISDEV. Pun masuk jugak. Macamana peluang, boleh lulus ka. Tak pasti pulak, tapi kalau ikut pandangan ramai, tiada masalah kerana faktwa dah lulus. Itu pun tak tau lah sebab perangai ahli MAINPP ni tak tentu. Kena ikut angin. Kalau angin bagus, bagus la. Kalau tak.... tak tau la.
[MSA: harap-harap tak lulus pinjaman, senang cerita]

I'AM BACK .... WITH GREATER SPIRITS IN 2009

Semuanya sudah pulih. Selepas "berehat" selama beberapa bulan, akhirnya saya kembali ke dunia realiti tesis saya. Selepas pembentangan proposal PhD pada 18 Julai 2008 tempohari, saya berehat panjang... mungkin 2 bulan. Pertama, kerana terkena kejutan budaya. Rupanya buat tesis PhD ini macam ni rupanya. Cari masalah sendiri, selesai sendiri, cerita sendiri dan akhirnya sendiri tutup fail. Semua benda kena defend. Permasalahan kena defend, penyelesaian kena defend. Bak kata semua kena defend. Sudah lamanya saya tidak dipersoalkan orang. Semua keputusan yang kita buat, tiada siapa yang persoalkan. Semua keputusan sendiri. Itu sudah berlaku sejak 30 tahun yang lalu. Kini apa tindakan yang dibuat, kena dihujjahkan, kena defend. Oleh kerana sudah terbiasa dengan pendirian "tiada siapa persoalkan" maka sesi membuat PhD nampaknya akan melalui zaman-zaman yang sukar. Memang sukar sebenarnya. Bukan mudah sebenarnya. Kedua, kerana hendak memberi tumpuan kepada pembentangan kertas kerja. Sebenarnya kena akui diri sendiri, tak dapat membuat 2 kerja dalam satu frame masa, frame minda. Itu akhirnya saya akui tidak mampu dilaksanakan. Namun begitu selepas bercuti beberapa hari di tahun baru 2009, anak2 pun dah settle sekolah, maka bolehlah sekarang masa ditumpukan kepada pembetulan proposal phd. Bukan pembetulan sebenarnya, tapi membuat semula. Ini kerana objektif penyelidikan, walaupun berubah sedikit, tetapi fokus kajian telah lari 100%. Semua persoalan kajian perlu difikirkan semula. Begitu juga semua framework yang lain. Kena dibuat semula. Tapi tak apa dengan semangat baru di tahun baru 2009, ku cuba harungi jua.
[MSA : Tahun baru, azam baru]

Monday, December 22, 2008

AGENDA WAKAF DI MALAYSIA : QUO VADIS ?

Inilah sebahagian kertas kerja yang dibentangkan di National Management Conference 2008 (NAMAC08) anjuran Universiti Darul Iman, Terengganu, Malaysia pada 13 dan 14 Disember 2008 bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
AGENDA WAKAF DI MALAYSIA : QOU VADIS ?

Abstrak

Wakaf adalah satu agenda besar. Peranan yang perlu dimainkan oleh institusi wakaf adalah sangat penting dan dominan kepada tamadun manusia sejagat. Kepada umat Islam, wakaf merupakan formula penyelesaian kepada banyak permasalahan pembangunan sosio-ekonomi, politik, budaya masyarakat dan kedudukan akidah. Bagi masyarakat bukan Islam, model wakaf dijadikan contoh dan dibudayakan, terutama dalam strategi mengumpul dan penggemblingan dana awam. Kehebatan institusi wakaf dipelopori dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman kemuncak Kesultanan Othmaniah pada awal kurun ke 19. Sejak kejatuhan kerajaan Othmaniah, peranan wakaf semakin lama menjadi semakin kurang berkesan. Di Malaysia, institusi wakaf tetap berperanan walaupun tidak sehebat seperti zaman Kesultanan Othmaniah. Di Malaysia institusi wakaf diterajui oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal. Namun begitu selepas mengurus wakaf selama lebih 40 tahun, tidak ternampak pembaharuan dan perubahan besar yang dilakukan. Transformasi peningkatan pengurusan wakaf nampaknya sangat perlahan. Akibatnya peranan wakaf di Malaysia menjadi seperti tidak hebat. Ibadat wakaf seakan semakin dilupakan oleh umat Islam. Pada masa yang sama institusi yang menguruskan wakaf seakan dipinggirkan. Harta wakaf kekal pada jumlah yang sama. Malah bagi sesetengah negeri harta wakaf menjadi berkurangan akibat wakaf dijual dan diambil balik oleh kerajaan tanpa diganti semula (istibdal). Apakah yang sebenarnya terjadi kepada institusi wakaf? Kenapa MAIN sukar berubah? Ke manakah halatuju pengurusan wakaf ini? Jadi quo vadis wakaf ? Kertas kerja ini bercadang untuk melihat polemik ini dan mencadangkan kaedah dan halatuju yang boleh dilaksanakan.

Katakunci : Wakaf, Sumbangan, Agenda Besar , Halatuju dan Transformasi pengurusan.

PENGENALAN

Sistem wakaf adalah produk perdana (selain zakat) dalam sistem ekonomi Islam dan membentuk sistem ekonomi makro dalam sejarah sistem kewangan Islam. Sejak zaman Rasulullah SAW, merentasi zaman Sahabat, Umayyah, Abbasiah, Fatimiyah dan Othmaniah, di samping zakat, wakaf menjadi penyumbang utama kestabilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Wakaf menjadi sub-superstructure kepada sistem kewangan Islam. Tamadun Islam adalah citra kepada keutuhan dan kejayaan wakaf sebagai penjana kewangan dalam sistem kenegaraan dan kewangan Islam. Kejatuhan kerajaan Fatimiyah, Othmaniah dan kejatuhan Baghdad pada tahun 1258H, menyebabkan khazanah Islam mulai gugur, dan sistem wakaf menerima nasib malang seperti juga sistem zakat, sistem undang-undang dan sistem kenegaraan. Sistem wakaf hilang sekitar 800 tahun. Walaupun wakaf masih wujud, tapi bukan dalam bentuk kebenaran dan kekuatannya sebenar. Islam mengalami dark age, sistem, undang-undang, norma dan institusinya semakin dilupakan, terpinggir dan dipinggirkan. Tetapi wakaf bukan kehendak dan bukan ciptaan manusia. Ia adalah kehendak dan ciptaan Allah SWT yang diwahyukan dan dimaktubkan dalam Al-Quran. Allah SWT menjamin keselamatan dan kesahihan wahyu, yang juga bererti Allah SWT menjamin bahawa sistem wakaf juga tetap selamat selamanya. Sekarang di Malaysia, kesuburan ilmu yang berasaskan kajian Al-Quran dan hadith telah menemui, mendapati secara yakin bahawa wakaf adalah suatu perintah Allah SWT, menjadi sumber / punca kekuatan dan kesejahteraan Negara, terutamanya dalam bidang jaminan sosial dan pengukuhan ekonomi. Kini di tengah-tengah kesuburan ekonomi Malaysia, akan muncul wakaf sebagai suatu sumber kekuatan berbagai dimensi dan menjadi sumber ekonomi yang paling klasik dan unik. Hanya menanti kemunculannya. Wakaf Satu Agenda Besar.

Pengenalan di atas menunjukkan betapa hebatnya peranan institusi wakaf dalam pembangunan ummah. Peranannya mencakupi aspek fizikal dan juga kerohanian. Namun begitu bagaimanakah kedudukan agenda wakaf di Malaysia sekarang? Adakah institusi wakaf yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) ini masih boleh memberikan sumbangan sebagaimana yang disyariatkan ?

Kertas kerja ini cuba membandingkan klimaks institusi wakaf semasa zaman sebelum kurun ke 19 dengan kedudukan wakaf yang diuruskan oleh MAIN masa kini, melihat arah tuju pengurusan wakaf di Malaysia secara menyeluruh serta akhirnya mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian yang bersesuaian. Untuk mencapai tujuan di atas, kertas kerja ini dibahagikan kepada tujuh (7) bahagian. Bahagian pertama ialah pengenalan. Bahagian kedua, klimaks sumbangan besar wakaf kepada ummah. Bahagian ketiga, kemelut agenda wakaf di Malaysia masa kini. Bahagian keempat, implikasi kemelut. Bahagian kelima, quo vadis wakaf ? Keenam, titik tolak : transformasi pengurusan wakaf, dan ketujuh, penutup.

A NEW 2009 NEW YEAR MOTTO

CONTINUE WRITTING UNTIL YOUR WRITTING IS HUNG UP IN MALAYSIAN PEOPLE'S LIVING ROOM.

WITHER WAQF AFTER ABDULLAH BADAWI ?

It is already known to public that YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi will be relinguishing his Prime Minister post to DS Mohd Najib next March. So after that what will happen to waqf development in Malaysia? Sadly to say that there are not much attention and assistance given to develops waqf properties dan human capital during the tenureship of Tun Mahathir. Immediately appointed as Malaysia's fifth prime minister, Abdullah Badawi declare his intention to create a department to monitor a waqaf, zakat dan hajj affair in Malaysia. Soon after that the so-called Waqaf, Zakat and Hajj Department (or JWZH) under Prime Minister's Department had been established. Then, the first Director General, Dr Ahmad Shah was appointed. Under the 2nd DG, Ahmad Zakri until recently Dr Suhaimi Salleh, JWZH progress. When 9th Malaysia Plan was make known in Parliament, an allocation amounting to RM250 million was given by Abdullah Badawi through JAWHAR (JWZH new's name) to develops waqf properties. To name, all Muslim Religious Councill (MRC) in every state get their "gifts". Soon after, the waqf development in every state start to "take off". "The giant start awakes" as many Muslim and waqf scholars said. [Giant refers to waqf as a big force, capacity and strength with big billions ringgit fund and properties. So until now this giants still fall asleep, nobody dares to awake him until Abdullah]. MRC of Penang got the most allocations, amounting to RM100 million for development of three hardcore waqf tenant resettlement project. JAWHAR was allocate RM1 million to establish a foundation namely, Yayasan Waqaf Malaysia, an organization with functions to supervise all waqf development projects under state MRC's. So far so good. Until come, the 12th Malaysia Election. National Front or Barisan Nasional, a coalition consists 13 political parties lost five state namely Penang, Selangor, Perak, Kelantan and Kedah and a Federal Territory to opposition [BN lost all Parliamentary seat exclude Setiawangsa and Putrajaya]. From there thing changes. Abdullah Badawi had been blamed for those losses by UMNO leaders including his prodessor, Tun Mahathir. To make thing worst, Tun Mahathir with several others even quit the party and demand Abdullah's resignation. Under pressure, Abdullah Badawi announce his voluntaryly retirement as Prime Minister and UMNO President. He will be replace by his deputy in party and government, Mohd Najib Tun Razak. That was the last episode of a happy story for waqf. After this, the waqf development in Malaysia are not certain anymore. The succes story about waqf under PM in-the-waiting-Najib is remain to be seen.

NEW PROJECT-"WAQF BOOK PROGRAM FOR ISDEV' TO BE LAUNCH ?

As schedule a new project called "Waqf Book Program For ISDEV" will be be launch this friday. This program objectives are to create an awereness and spirit among ISDEV post gradute student to donate and waqf their books to ISDEV library. An explaination about this project will be delivered soon. Be alert.

HARAPAN MENGGUNUNG DI TAHUN BARU 2009

Banyak perkara menanti di tahun baru 1430H dan Tahun Baru 2009. Pertama, sudah tentulah perkembangan tesis PhD yang dilakukan. Samada dapat disiapkan sepertimana yang dijanjikan dalam blog. Semua itu bergantung kepada iltizam dan semangat [Namun begitu semua itu dijangka berubah kerana sekarang suka menjadi student PhD lebih lama, sampai tahap maksimum 7 tahun. Kenapa ? Jawapannya ada pada Dr. Sukainah]. Kedua, perkembangan ilmu wakaf yang diperolehi terutama kerana lebih banyak perbentangan kertas kerja di seminar dan konvensyen dilakukan. Harapan tahun baru semoga semakin banyak ilmu wakaf diperolehi. Semakin baik analisa dan penulisan kertas kerja. Ketiga, perubahan dalam diri. Kematangan dalam segala hal. Penulisan, penyelesaian masalah, approach terhadap sesuatu isu, lebih beriman (harap-harap, jangan semakin menurun) dan banyak lagi. Begitu juga perkembangan PhD Nor Hasni. harap-harap tahun 2009 juga pembentangan proposal dapat dibuat dan diterima oleh PP Pengurusan. Harapan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran juga tinggi. Harapan besar Nur Yusra (tahun 6 2009) dapat 5A dalam UPSR dan berjaya melanjutkan pelajarannya di MRSM Kepala Batas seperti kakaknya Nur Athirah (Tingkatan 2) [Nanti abah usahakan, berjumpa dengan YB Menteri MARA yang baru. Kalau DS Khaled Nordin, senangla]. Anak lain, Nur Najah (tahun 2) dan Nur Mahirah (tahun 4) diharap dapat meningkat dan dapat nombor 1 dalam kelas. Muhamad Wafiq Imran (2 tahun) tiada perancangan kerana masih kecil lagi. Begitu juga pendidikan agama mereka. Kelas IqraQuran perlu diteruskan [Utaz yang mengajar tentu makin bersemangat sebab elaun PUZ bagi naik dari RM300 kepada RM600 tahun 2008 ini]. Bagi diri saya tahun 2009 diharap mendapat tugasan baru di pejabat. Meneroka benda baru yang belum dibuat orang. Ini sudah tentu ada kelainan kepuasannya. Pada tahun 2009 menjadi harapan lebih banyak pembentangan kertas kerja wakaf dilakukan. Ini kerana lebih banyak pembentangan, lebih banyak kita berjumpa dan bersoal jawab dengan audien. Ini akan menjadikan diri saya lebih biasa menjawap soalan-soalan yang dikemukakan dengan rasional. [Ternyata sesi pembentangan prosposal PhD yang lalu adalah penyebab dan puncanya]. Setakat ini sudah ada beberapa seminar yang sudah confirm dan perlu dihadiri. Bulan Februari 2009, Seminar Ekonomi Islam di Akademi Pengajian Islam UM tentang pengkorporatan wakaf. Bulan April, International ISDEV Worksyop dan Seminar Wakaf di Medan Indonesia. Setakat ini sudah ada 3 paper yang perlu dibuat. Itu belum lagi seminar-seminar lain, misalnya USM Post Graduate Conference (Jun 2009), Seminar Reseach in Islamic Laws, UM (Julai 2009), Seminar SUKUK Isdev (Ogos 2009), International Seminar on Islamic Thinking (ISOIT 2009) anjuran UKM (Oktober 2009) dan ulangan trilogi NAMAC08 (Persidangan Pengurusan Kebangsaan 2008) anjuran UDM baru-baru ini [Tahun 2009 hendak hadiri lagi seminar NAMAC08 UDM ini kerana seminar dan suasana di Primula Beach Resort best sangat. Tahun depan hendak bawa semua anak-anak sekali. Bawa kereta sebab serik naik bas Cepat Express ke Kuala Terengganu]. Yang paling penting tahun 2009 juga merupakan permulaan saya membentangkan kertas kerja dalam bahasa Inggeris. Kena mula belajar. Jika tidak bila lagi ?. Begitu banyak harapan dan azam pada tahun hijrah 1430 dan tahun baru 2009 ini, apakah persediaan? Pertama, perlu ubah sikap, kepada yang lebih baik. Kedua, mestilah lebih berdisiplin. Ketiga, melakukan kerja dengan keras dan bertungkus lumus [pulun kata orang Kedah] . Ringkasnya menulis, menulis dan menulis. Bilakah saya akan berhenti menulis ? Ha itulah yang menjadi MOTO TAHUN BARU 2009 : "BERHENTI MENULIS SETELAH KATA-KATA /TULISAN ANDA DIGANTUNG DI BILIK TIDUR SEMUA RAKYAT MALAYSIA”. InsyaAllah semoga tercapai.