Monday, April 26, 2010

AKTIVITI 5 : BRAINSTORMING JABATAN AGIHAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT



Kelihatan Mohamad Kairi Ghazalli, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Agihan
dan Pembangunan Masyarakat PUZ sedang mengendalikan sesi brainstorming jabatan.

Wednesday, April 21, 2010

AKTIVITI 4 : BRAINSTORMING BERMULA : OPERASI KUTIPAN DAN PEMASARAN


Kelihatan kakitangan Jabatan Operasi Kutipan dan Pemasaran
sedang bertukar-tukar idea dan buah fikiran

Bagi tujuan memfokuskan perbincangan, kumpulan dibahagikan mengikut Jabatan atau Bahagian masing-masing untuk mendapat input terbaik. Pecahan kumpulan adalah seperti berikut :

1]. Jabatan Agihan dan Pembangunan Masyarakat
2]. Jabatan Kutipan dan Pemasaran
3]. Bahagian Kewangan dan Akaun, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Fitrah dan Bahagian Komputer

AKTIVITI 3 : RIADAH SENAMROBIK




Sebelum memulakan brainstorming, pada sebelah pagi diadakan senamrobik untuk meningkatkan stamina kakitangan PUZ MAINPP.

SHOP FOR RENT ( 2 UNITS)

This 2 units adjoining one storey shop are for rent. Aproximately, each are 1,100 square feet. Suitable for business, show room, office or service centre. Rent per month - RM1,500.00 per unit (negotiable). Interested, call 012-4169006 or 013-4222668. Awaiting Certificate of Fitness(CF), and will be available and ready on Jun 2010.

Thursday, April 15, 2010

(BAHAGIAN 1) AMANAT YDP MAINPP : PENCARIAN BAKI 8% LAGI !

YDP MAINPP, Haji Ellias Haji Zakaria telah menyampaikan amanat penting kepada semua kakitangan PUZ yang menghadiri Kursus Kakitangan PUZ 2010 di Kuantan Pahang. Berikut merupakan Bahagian 1 petikan ucapan beliau yang panjang (1 jam 30 minit) semasa merasmikan program ini :

"Assalamualaikum wrth. Yang Berusaha Dr. Haji Azman Abdul Samat, Pengurus Besar PUZ, Tuan MC majlis malam ini. Seterusnya semua kakitangan PUZ yang berada dalam dewan di Kursus Kakitangan PUZ di Pahang Darul Makmur ini. PUZ makmur kerana pilih Pahang Darul Makmur untuk bersama-sama team PUZ.

Saya sudah bersama PUZ sebagai Ahli Lembaga Pengarah sudah 8 tahun, jadi cukup syarat untuk menilai PUZ dari luar dan dalam. Saya beri pujian kepada PUZ kerana dalam tempoh 15 tahun ini telah meletakkan momentum baru kepada penduduk Pulau Pinang. Kewujudan PUZ dirasai, digeruni dan malah ada pihak merasa iri hati. Momentum PUZ kena dilonjakkan lagi. Untuk itu PUZ kena berani mengaku kelemahan diri sebagai syarat untuk lebih berjaya di masa hadapan. Jika menganggap sudah berjaya, PUZ akan berada dalam zon selesa. Ungkapan "we are the best". Bagi saya setakat ini kejayaan hanya baru 92% sahaja. Kenapa kurang 8%, untuk dapat 100%. Orang Islam di Pulau Pinang merupakan minoriti, bukan semua pengeluar zakat. Jika potensi pembayaran zakat ialah 120 juta setahun, sekarang baru dapat 58 juta, maka ada jumlah yang banyak lagi, kena cari formulanya.

Ketika ditanya apakah slogan memimpin PUZ, saya menjawap saya masih berpegang kepada slogan lama iaitu "hayyaallal solah, hayya allah falah" (Marilah bersolat, marilah menuju kejayaan). Sama-sama solat, sama-sama menuju kejayaan. Solat merupakan kekuatan dalaman. Pesanan saya kepada semua kakitangan PUZ; tolong beri sensiviti kepada solat". Team Rasulullah SAW adalah team solat, mesti menunjukkan keislamannya di situ. Jangan Majlis Agama tiada islamnya di situ. Jangan Jabatan Agama tiada islamnya di situ. Begitu juga dengan PUZ. Zakat berasal dari Islam. Solat dan zakat tak dapat dipisahkan. Be sensitive with solat. Biar ada bau Islam di PUZ. Zakat adalah "cash flow" daripada Allah SWT. Pembayar zakat hendaklah dijaga. Kewujudan PUZ biarlah memberi nilai kepada kehadirannya (pelanggan). Ini yang menjadi faktor penarik (fooling factor)" orang ramai untuk membayar zakat di PUZ.

Bahagian II akan bersambung selepas ini.

Wednesday, April 7, 2010

AKTIVITI 2 : MAJLIS PERASMIAN BERSAMA YDP MAINPP : HAJI ELLIAS ZAKARIA

YDP MAINPP, Haji Ellias Haji Zakaria sedang menyampaikan ucapan perasmian kursus. Turut kelihatan MC, Haji Azahari Haji Ahmad.
[NotaMSA : It's moment for the last time had a SAY, now has to PAY. Faham tak?]

KURSUS PUZ DI KUANTAN : AKTIVITI 1 : SESI PETANG : TAKLIMAT KURSUS

Sebahagian kakitangan PUZ bersedia untuk memulakan kursus.
Turut hadir kakitangan Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ).

Sebahagian kakitangan wanita PUZ

Orang-orang kuat PUZ

Sebaik sahaja jam 3.00 petang, semua kakitangan PUZ mula berkumpul untuk mengikuti sesi pertama kursus kakitangan iaitu sesi taklimat. Pergerakan kakitangan agak perlahan kerana maklumlah masih letih terutama bagi yang berkereta. Bagi yang menaiki bas tentu segar-bugar kerana lena sakan dalam bas. Begitupun suasana tetap ceria untuk memulakan brainstorming di Kuantan Pahang. Bumi Mat Kilau Pahlawan Melayu.
[NotaMSA : masih keletihan selepas 6 jam memandu]

Sunday, April 4, 2010

KURSUS KAKITANGAN PUZ DI PANTAI BALOK, KUANTAN PAHANG

Antara kemudahan yag disediakan di hotel penginapan


Suasana Pantai Balok Kuantan yang menggamit peserta kursus

Antara kakitangan PUZ yang hadir kursus

Hotel De Rhu Village Resort, tempat penginapan sepanjang kursus

Bas yang membawa peserta kursus

Sebahagian besar kakitangan PUZ menghadiri kursus kakitangan ini yang diadakan pada Cuti Hari Raya Cina yang lalu. Sebahagian besar pula menaiki bas yang disediakan, manakala 10 orang kakitangan datang dengan kenderaan sendiri bersama-sama keluarga masing-masing. Oleh kerana tidak pernah ke Kuantan dengan kereta, MSA dan keluarga mengambil peluang kursus untuk berkereta ke Kuantan. Wah memang sangat jauh Kuantan ni. lebih kurang 600 km pergi sahaja. Campur dengan balik lagi 600 km. Semua lebih kurang 1,200 km. Memang jauh sangat sampai perjalanan dibahagi dua. Penang ke Rawang- tidur di Highway Hotel Rawang dan Rawang ke Kuantan melalui pekan Rasa, Batang Kali, Genting dan Karak. Namun begitu belanja minyak tidaklah begitu banyak, hanya RM270.00 sahaja. Pemanduan sangat memuaskan apatah lagi jika mesin (keretanya) bagus, berkuasa tinggi. Apabila dah sampai Kuantan barulah terasa letihnya.

[NotaMSA : pengalaman yang mengujakan]

BAITULLAH ..KAMI DATANG KEPADAMU

Gambar dan suasana di Kaabah yang diambil kelmarin.

Minggu lepas MSA terima sms daripada pengelola umrah yang beribu pejabat di Kuala Lumpur (El-Purim Nur Travel and Tours Sdn Bhd) yang meminta MSA dan isteri mengirimkan salinan dokumen-dokumen untuk menunaikan umrah. Antaranya 4 keping foto saiz paspot berlatarbelakangkan warna putih, salinan pasport antarabangsa dan surat suntikan kesihatan. Ya kah. Kalau begitu sahlah nama MSA dan isteri sudah confirm dimasukkan ke dalam senarai insan bertuah yang akan menunaikan umrah, dijangka pada 5 hingga 20 Jun 2010 akan datang. Waktu itu ialah cuti sekolah penggal kedua tahun ini. Sebenarnya sudah setahun (sejak Jun 2009) MSA dan isteri membayar perbelanjaan penuh menunaikan umrah ini. Bukan apa pembayaran awal yang dibuat adalah lebih murah, iaitu sekitar RM3,300.00 sahaja. Inilah pertama kali kami akan ke Baitullah kerana belum pernah menunaikan haji atau umrah. Syukur alhamdulillah dapat menunaikan umrah tahun ini. Ya Allah terimalah kami sebagai tetamuMu yang paling istimewa. Jika tidak kami bakal menjadi orang yang paling merugi.
[NotaMSA: tercapai cita-cita menziarahi Rasulullah SAW]